|
Petua
Nov 19, 2007 20:27:49 GMT -5
Post by djneo on Nov 19, 2007 20:27:49 GMT -5
Segala macam petua sila masukkan di sini..
|
|
|
Petua
Nov 20, 2007 8:17:33 GMT -5
Post by Risa on Nov 20, 2007 8:17:33 GMT -5
Nie petua untuk menjaga keharmonian rumahtangga Lepas Isyak ambil air segelas, baca Al-Fatihah (1x), Ayatul Qursi (1x) dan surah Al-Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak (7x) Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga. Makna surah Al-Waqiah ayat 35 - 38 Ayat 35 - Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Ayat 36 - Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah di sentuh) Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. Ayat 38 - (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
|
|
|
Petua
Nov 20, 2007 11:21:57 GMT -5
Post by Risa on Nov 20, 2007 11:21:57 GMT -5
Penawar Kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah SAW ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
|
|
|
Petua
Nov 22, 2007 4:38:23 GMT -5
Post by lappp on Nov 22, 2007 4:38:23 GMT -5
petua mudah - Mengempiskan perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.... ;D
|
|
|
Petua
Nov 22, 2007 8:34:56 GMT -5
Post by Risa on Nov 22, 2007 8:34:56 GMT -5
petua mudah - Mengempiskan perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.... ;D Erk?! Sis, Guest plak tue apsal? Terkehel lagi ker ;D
|
|
|
Petua
Nov 24, 2007 11:05:51 GMT -5
Post by appledurian on Nov 24, 2007 11:05:51 GMT -5
PETUA MENYIMPAN UDANG AGAR SENTIASA SEGAR..
Masukkan udang di dlm bekas( tuperware) letak air menghapusi udang tadi kemudian di tabur sedikit gula agak2 dlm sesudu besar dan tutup bekas tadi n bekukan di dlm peti ais. Udang akan sentiasa segar walau sehingga sebulan lamanya.. cuba try n test hehehe
|
|
asoi
New Member
Posts: 2
|
Petua
Nov 25, 2007 1:19:36 GMT -5
Post by asoi on Nov 25, 2007 1:19:36 GMT -5
petua mudah - Mengempiskan perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.... ;D atau puasa setahun gerenti kempis perut buncit ha ha
|
|
|
Petua
Dec 4, 2007 4:37:23 GMT -5
Post by paparock on Dec 4, 2007 4:37:23 GMT -5
Yang ni PapaRock nak kena try la. Kalau boh gula sikit kan sedap, takleh ka Lapp?
|
|
|
Petua
Nov 30, 2008 3:22:59 GMT -5
Post by nabel on Nov 30, 2008 3:22:59 GMT -5
|
|
|
Petua
Nov 30, 2008 3:26:12 GMT -5
Post by nabel on Nov 30, 2008 3:26:12 GMT -5
|
|