iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Nov 27, 2007 2:00:31 GMT -5
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 1) Nafas Naik 2) Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 1) Hidup dalam keredhaan ALlah. 2) Hidup dalam kemurkaan ALlah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 1) Kekal di dalam neraka. 2) Kekal di dalam syurga.
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Nov 27, 2007 2:07:25 GMT -5
Wanita Ibarat Buah Epal.
Epal yang berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah... tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak... susah dipetik dan susah dicapai... kadang-kadang epal yang berada diatas itu risau dan berkata didalam hati: "Kenapa la diriku masih belum dipetik??" lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan baginya begitu tinggi martabat sehingga tidak ada siapa yang berani memetiknya.. Hanya pemuda yang benar-benar mampu sahaja yang boleh memetik ketinggian tersebut.. mungkin bukan didunia tetapi di AKHIRAT. Biarla jodoh bukan di dunia ini asalkan CINTA ILAHI mengiringi perjalanan hidup kita......
|
|
|
Post by appledurian on Nov 30, 2007 21:01:12 GMT -5
Uikss apa ni epal2 tersedak Kak Apple eemmn nak cari Kak Apple mai Penang tak pun cari kat YM ka Kat chanel neoFM kaa MSN ka Skype ka..hehehe saja wat lawak budus jgn marah ya iffah eemm cantik cerita yg penuh dgn sindiran bererti tu amik mana tu?
|
|
|
Post by Risa on Dec 3, 2007 3:52:32 GMT -5
Uikss apa ni epal2 tersedak Kak Apple eemmn nak cari Kak Apple mai Penang tak pun cari kat YM ka Kat chanel neoFM kaa MSN ka Skype ka..hehehe saja wat lawak budus jgn marah ya iffah eemm cantik cerita yg penuh dgn sindiran bererti tu amik mana tu? Hehe.. terasa ye Kak Apple ya?
|
|
|
Post by paparock on Dec 4, 2007 4:45:17 GMT -5
Uikss apa ni epal2 tersedak Kak Apple eemmn nak cari Kak Apple mai Penang tak pun cari kat YM ka Kat chanel neoFM kaa MSN ka Skype ka..hehehe saja wat lawak budus jgn marah ya iffah eemm cantik cerita yg penuh dgn sindiran bererti tu amik mana tu? Apple, Apple ni dari yg kat ataih ka atau yang jatuh bawah tu? ;D ;D Papa melawak je, jangan marah ye....
|
|
|
Post by appledurian on Dec 4, 2007 11:36:44 GMT -5
|
|
|
Post by paparock on Dec 4, 2007 23:51:01 GMT -5
:'(eemm rasa2nya Apple ni hat berulat hat jatuh ataih tanah sapa pun xmo kutip kots uwaaaaa memang la orang lain tak mau, nanti kena kulit durian, sape nak jawab? ;D ;D ;D
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Dec 18, 2007 1:07:14 GMT -5
Uikss apa ni epal2 tersedak Kak Apple eemmn nak cari Kak Apple mai Penang tak pun cari kat YM ka Kat chanel neoFM kaa MSN ka Skype ka..hehehe saja wat lawak budus jgn marah ya iffah eemm cantik cerita yg penuh dgn sindiran bererti tu amik mana tu? ;D ;D hehehe tak marah, senyum jer... kawan saya yg bagi k.epal........
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Dec 18, 2007 1:08:52 GMT -5
:'(eemm rasa2nya Apple ni hat berulat hat jatuh ataih tanah sapa pun xmo kutip kots uwaaaaa memang la orang lain tak mau, nanti kena kulit durian, sape nak jawab? ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D hehehehehe......
|
|
|
Post by appledurian on Jan 1, 2008 12:58:57 GMT -5
KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS? eemm ni Kak Apple jumpa di tenet ni jadi Kak Apple nk share dgn semua kat sini.. meh kita tgk saipa laa perempuan mudah menagis walau ada kala nya depa ngaku depa brutal ahakss Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. 1.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. 2.“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. 3.“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. 4.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. 5.“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. 6.“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? 7.“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. 8.“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
|
|
|
Post by jebateja on Jan 9, 2008 12:31:47 GMT -5
Uihhh....bosar nya pengorbanan seorang pompuan...apa lagi se orang ibu....insaf den......
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Jan 16, 2008 20:51:57 GMT -5
Jangan, Jangan dan Jangan
JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Jan 16, 2008 21:09:28 GMT -5
"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".
(Umar bin Khattab)
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Jan 16, 2008 21:24:41 GMT -5
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
|
|
iffah07
New Member
Senyum-senyum la selalu....
Posts: 16
|
Post by iffah07 on Jan 16, 2008 21:27:55 GMT -5
~ HATI ~
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya (perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda /cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
|
|